Gunakan iPad anda sebagai paparan kedua untuk Mac anda
Dengan Sidecar, anda boleh menggunakan iPad anda dalam orientasi landskap sebagai paparan kedua untuk Mac anda. Seperti mana-mana paparan kedua, anda boleh mengembangkan desktop anda dengan menunjukkan app dan tetingkap berlainan pada iPad anda, atau menjadikannya menunjukkan perkara yang sama yang anda lihat pada Mac anda.
Nota: Sidecar ialah ciri Kesinambungan. Untuk menggunakan ciri Kesinambungan, peranti anda mesti mempunyai Wi-Fi dan Bluetooth diaktifkan dan memenuhi keperluan sistem. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk Kesinambungan pada Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch.
Setkan pilihan Sidecar
Pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada Mac dan iPad anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, kemudian klik Sidecar.Setkan pilihan untuk menunjukkan bar sisi dan Touch Bar pada iPad dan untuk menggunakan Apple Pencil.
Jika anda belum disambungkan ke iPad anda, klik menu timbul “Sambung ke”, kemudian pilih iPad anda.
Anda juga boleh bersambung menggunakan Paparan dalam Pusat Kawalan
, menu Paparan
dalam bar menu (jika menu ditunjukkan), atau menggunakan menu timbul Paparan AirPlay dalam keutamaan Paparan.
Anda tidak perlu untuk menyambungkan iPad anda ke Mac anda dengan kabel untuk menggunakan Sidecar.
Gunakan Sidecar
Jika anda belum bersambung ke iPad anda, klik Paparan dalam Pusat Kawalan
atau klik menu Paparan
dalam bar menu (jika menu ditunjukkan).
Menu Sidecar
kelihatan dalam bar menu. Anda boleh menukar cara anda bekerja dengan iPad daripada menu Sidecar pada bila-bila masa dengan mudah. Sebagai contoh, tukar antara menggunakan iPad sebagai paparan dicerminkan atau berasingan, atau tunjukkan atau sembunyikan bar sisi atau Touch Bar pada iPad.Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Alihkan tetingkap daripada Mac ke iPad: Seret tetingkap ke hujung skrin sehingga penuding muncul pada iPad anda. Atau semasa menggunakan app, pilih Tetingkap > Alihkan Tetingkap ke iPad.
Alihkan tetingkap daripada Mac ke iPad: Seret tetingkap ke hujung skrin sehingga penuding muncul pada Mac anda. Atau semasa menggunakan app, pilih Tetingkap > Alihkan Tetingkap Kembali ke Mac.
Gunakan bar sisi pada iPad: Dengan jari atau Apple Pencil anda, ketik ikon dalam bar sisi untuk menunjukkan
atau menyembunyikan
bar menu, menunjukkan
atau menyembunyikan
Dock, atau menunjukkan papan kekunci atas skrin
. Atau ketik satu atau lebih kekunci pengubah suai, seperti Ctrl
, untuk menggunakan pintasan papan kekunci.
Gunakan Touch Bar pada iPad: Dengan jari anda atau Apple Pencil, ketik sebarang butang dalam Touch Bar. Butang yang tersedia berbeza bergantung pada app atau tugas.
Gunakan Apple Pencil pada iPad: Dengan Apple Pencil anda, ketik untuk memilih item seperti perintah menu, kotak semak, atau fail. Jika Apple Pencil anda menyokongnya (dan anda setkan pilihan dalam keutamaan Sidecar), anda boleh dwiketik bahagian lebih bawah Apple Pencil anda untuk menukar alat melukis dalam sesetengah app. Lihat artikel Sokongan Apple Sambungkan Apple Pencil dengan iPad anda.
Gunakan gerak isyarat pada iPad: Gunakan gerak isyarat asas, seperti ketik, leret, skrol dan zum, serta gerak isyarat untuk memasukkan dan mengedit teks. Lihat Panduan Pengguna iPad.
Tukar antara desktop Mac dan iPad pada iPad: Leret ke atas daripada pinggir bawah iPad anda dengan satu jari untuk menunjukkan Skrin Utama. Untuk menunjukkan Dock iPad, leret ke atas dan jeda. Untuk menunjukkan Penukar App, leret ke atas dan jeda di bahagian tengah skrin. Untuk kembali ke desktop Mac, leret ke atas, kemudian ketik ikon Sidecar
.
Apabila anda bersedia untuk berhenti menggunakan iPad anda, ketik ikon Putus Sambungan
di bahagian bawah bar sisi pada iPad.
Anda juga boleh memutuskan sambungan pada Mac anda dengan mengklik iPad aktif yang disenaraikan dalam menu Sidecar
dalam bar menu.