Ciri kebolehcapaian macOS untuk penglihatan
macOS menyertakan ciri kebolehcapaian yang memudahkan untuk melihat kandungan pada skrin. Anda juga boleh menjadikan Mac anda menyebut perkara pada skrin.
VoiceOver
Gunakan VoiceOver, pembaca skrin terbina dalam pada Mac anda, untuk menyebut perkara pada skrin dan teks dalam dokumen, halaman web dan tetingkap. Dengan VoiceOver, anda boleh mengawal Mac anda dengan papan kekunci, gerak isyarat trackpad, atau paparan braille boleh segar semula. Untuk menyesuaikan VoiceOver, gunakan Utiliti VoiceOver. Lihat Panduan Pengguna VoiceOver.
Ciri zum
Jadikan item pada skrin lebih besar dan mudah untuk dilihat dengan mengezum seluruh skrin atau sebahagian kawasan skrin. Jika anda menggunakan paparan kedua, anda boleh mengesetkan zum untuknya secara berasingan. Lihat Tukar seting Zum untuk kebolehcapaian.
Gunakan Teks Terapung untuk mengezum perkara di bawah penuding—sebagai contoh, teks, medan, item menu, atau butang—dalam resolusi tinggi dalam tetingkap yang berasingan. Lihat Gunakan Teks Terapung.
Jika Mac anda mempunyai Touch Bar dan item dalam Touch Bar sukar untuk dilihat, aktifkan zum Touch Bar untuk memaparkan versi lebih besar Touch Bar pada skrin. Lihat Zum masuk pada Touch Bar.
Ciri paparan
Tukar penampilan skrin dengan mengesetkan pilihan untuk menterbalikkan warna, mengurangkan kelutsinaran, atau menggunakan bentuk bagi menunjukkan maklumat status. Anda juga boleh menghentikan atau mengurangkan pergerakan pada skrin—sebagai contoh, semasa anda membuka app. Lihat Tukar seting Paparan untuk kebolehcapaian.
Jadikan lebih mudah untuk mencari penuding pada skrin dengan membesarkan saiznya atau menjadikannya lebih besar hanya apabila anda menggerakkannya dengan cepat, atau dengan menukar warnanya. Lihat Jadikan penuding lebih mudah dilihat.
Gunakan penapis atau tinta warna pada skrin untuk membezakan atau mengurangkan ton warna paparan. Lihat Tukar warna paparan bagi memudahkan untuk melihat perkara atas skrin.
Ciri Kandungan Dituturkan
Sesuaikan suara yang Mac anda gunakan untuk menyebut teks dan jadikan Mac anda menyebut pengumuman, item di bawah penuding dan perkara yang anda taip atau pilih. Lihat Tukar seting Kandungan Dituturkan untuk kebolehcapaian.
Perihalan
Dengar perihalan kandungan visual dalam filem, rancangan TV dan media lain, jika tersedia. Lihat Tukar seting Perihalan untuk kebolehcapaian.