[go: up one dir, main page]

Soal jawab bersama Ketua Penceritaan untuk Merge Mansion

Naratif yang menarik boleh menjadikan permainan sangat hebat. Tidak ramai orang yang memahami perkara tersebut seperti Linda Jakobsson, Ketua Penceritaan untuk Merge Mansion. Kami berbual dengan beliau tentang kepentingan penciptaan cerita yang sukar dilupakan dan watak wanita yang kuat.
Play: Bolehkah anda beritahu kami tugas anda sebagai Ketua Penceritaan?
Linda Jakobsson: “Saya seorang yang berbakat dalam penceritaan. Tugas saya, yang saya rasakan telah dicapai dengan sempurna, adalah untuk menghasilkan jalan cerita yang mengasyikkan dan menarik perhatian serta melengkapi cara main Merge Mansion dan meningkatkan pengalaman pemain.
Saya bertanggungjawab untuk memastikan keseluruhan jalan cerita dan watak kekal konsisten sepanjang permainan, serta pada media sosial, pemasaran dan pelbagai lagi.”
Kenali Maddie dan Grandma
Merge Mansion
Metacore Games Oy
Pembelian dalam apl
4.3
565K ulasan
10J+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Play: Apakah manfaat dan cabaran bagi jalan cerita yang sangat mendalam untuk permainan yang santai?
Jakobsson: “Naratif yang dibina dengan baik menghasilkan hubungan emosi antara pemain dengan permainan, menjadikan permainan lebih diingati dan dinikmati supaya pemain kerap kembali bermain. Akan tetapi, usaha untuk mengekalkan perhatian pemain menerusi sesi permainan singkat memang mencabar. Cabaran juga datang daripada usaha untuk mendapatkan keseimbangan yang tepat antara cara main dengan naratif.”
Play: Apakah perkara yang paling membanggakan tentang Merge Mansion?
Jakobsson: “Perkara pertama yang membuatkan saya tertarik akan Merge Mansion, sebagai pemain dan kemudiannya sebagai pembangun, ialah perspektif wanita utama yang disematkan dalam permainan kami.
Perkara ini memang sesuatu yang mendukacitakan kerana sukar untuk kita menemukan cerita mengasyikkan yang ditunjangi dua watak wanita yang menarik, apatah lagi watak warga tua. Hal ini berbeza dalam permainan kami. Kami menyerlahkan kekuatan watak wanita kami.”
Terokai watak wanita yang kuat dan misteri yang memukau dalam Merge Mansion
Play: Mengapakah permainan dengan perwakilan wanita penting?
Jakobsson: “Sebagai seorang wanita dan ibu, saya percaya bahawa kita memerlukan cerita yang meraikan kaum wanita dan bukannya sekadar memberi wanita watak sampingan. Kita perlu menampilkan wanita yang kuat sebagai teladan dan hal ini boleh dicapai melalui kaedah penceritaan.
Tindakan dan pandangan wanita dalam cerita sangat berkait rapat; kedua-dua ciri itu memiliki kuasa untuk membentuk tanggapan dan memberikan inspirasi.
Matlamat saya bukan sekadar mencipta permainan yang menghiburkan, menenangkan dan mengasyikkan; matlamat saya adalah untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih selesa untuk kaum wanita, dan matlamat ini diterapkan dengan sepenuh jiwa. Saya sangat berbangga kerana dapat berusaha untuk menjayakan matlamat ini.”
Merge Mansion
Metacore Games Oy
Pembelian dalam apl
4.3
565K ulasan
10J+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang