[go: up one dir, main page]

Google Family Link

4.6
3.05J ulasan
100J+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin

Perihal apl ini

Google Family Link ialah apl kawalan ibu bapa yang memastikan keluarga anda lebih selamat dalam talian. Hubungan setiap keluarga dengan teknologi adalah unik, maka kami telah mereka bentuk alatan seperti Family Link supaya anda dapat memilih keseimbangan yang sesuai untuk keluarga anda dan membina tabiat digital yang sihat. Alatan Family Link membolehkan anda memahami cara anak anda meluangkan masa pada peranti, melihat lokasi peranti, mengurus tetapan privasi dan pelbagai lagi.


Dengan Family Link, anda boleh:

Menetapkan Peraturan Asas Digital
• Tetapkan had masa skrin — Family Link membolehkan anda menetapkan waktu gendala untuk peranti anak anda dan had masa untuk apl supaya anda dapat membantu mereka mengimbangi masa dengan baik.
• Bimbing mereka kepada kandungan yang bersesuaian dengan umur — Luluskan atau sekat apl yang mahu dimuat turun. Family Link membolehkan anda memilih pengalaman YT yang sesuai untuk anak anda: pengalaman yang diawasi pada YT atau YTK.

Urus dan lindungi akaun anak anda
• Lindungi privasi mereka — Pengurusan kebenaran dalam Family Link membolehkan anda membuat pilihan bermakna berkenaan data anak anda. Lihat dan urus kebenaran untuk laman web dan sambungan yang diakses melalui Chrome serta apl yang dimuat turun.
• Lindungi akaun mereka — Family Link memberi anda akses untuk mengurus akaun dan tetapan data anak anda. Sebagai ibu bapa, anda boleh menukar atau menetapkan semula kata laluan anak anda, mengedit maklumat peribadi, malah memadamkan akaun mereka jika perlu.

Kekal terhubung dalam perjalanan
• Ketahui lokasi mereka — Anda boleh mengetahui lokasi keluarga anda apabila mereka melakukan perjalanan. Dengan Family Link, anda boleh mengetahui lokasi anak anda pada peta, selagi mereka membawa peranti.
• Dapatkan pemberitahuan dan makluman — Family Link menghantar pemberitahuan penting termasuk apabila anak anda tiba atau meninggalkan lokasi tertentu. Anda boleh menghubungi dan melihat baki hayat bateri peranti.


Maklumat Penting

• Alatan Family Link berbeza-beza bergantung pada peranti. Lihat senarai peranti yang serasi pada https://families.google/familylink/device-compatibility/
• Walaupun Family Link membantu anda mengurus pembelian dan muat turun anak anda daripada Google Play, mereka tidak memerlukan kelulusan untuk memasang kemaskinian apl (termasuk kemaskinian yang menambahkan kebenaran), apl yang telah diluluskan atau dikongsi dalam Pustaka Keluarga. Kelulusan pembelian hanya akan digunakan apabila pembelian dibuat melalui sistem pengebilan Google Play dan tidak akan digunakan untuk pembelian yang dibuat melalui sistem pengebilan lain. Ibu bapa harus kerap menyemak apl yang dipasang dan kebenaran apl dalam Family Link.
• Anda perlu menyemak apl pada peranti di bawah pengawasan milik anak anda dan melumpuhkan apl tidak sesuai. Anda mungkin tidak dapat melumpuhkan sesetengah apl prapasang seperti Play, Google dsb.
• Untuk melihat lokasi peranti anak anda, peranti itu mestilah dihidupkan, aktif baru-baru ini dan disambungkan kepada Internet melalui data atau Wi-Fi.
• Kawalan ibu bapa Family Link hanya tersedia untuk Google Account yang diawasi. Dengan Google Account yang diawasi, anak anda mendapat akses kepada produk Google seperti Search, Chrome dan Gmail serta ibu bapa boleh menetapkan peraturan digital asas untuk mengawasi mereka.
• Walaupun Family Link menyediakan alatan untuk mengurus pengalaman dalam talian dan memastikan anak anda lebih selamat dalam talian, apl itu tidak menjadikan Internet selamat. Family Link tidak dapat menentukan kandungan pada Internet tetapi apl ini dapat memberi ibu bapa peluang untuk menetapkan cara anak mereka meluangkan masa pada peranti dan menentukan cara melindungi keselamatan dalam talian yang terbaik untuk keluarga anda.
Dikemas kini pada
22 Apr 2024

Keselamatan data

Keselamatan bermula dengan memahami cara pembangun mengumpul dan berkongsi data anda. Amalan privasi dan keselamatan data mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan, rantau dan umur anda. Pembangun memberikan maklumat ini dan mungkin mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.
Tiada data dikongsi dengan pihak ketiga
Ketahui lebih lanjut tentang cara pembangun mengisytiharkan perkongsian
Apl ini mungkin mengumpul jenis data ini
Maklumat peribadi, Maklumat kewangan dan 7 yang lain
Data disulitkan dalam perjalanan
Anda boleh meminta data tersebut dipadamkan
Semakan keselamatan bebas

Penilaian dan ulasan

4.6
3J ulasan
Suzi Suziella
24 April 2024
good
2 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?
Muhammad yusuf Abd Kadir
14 April 2024
Hmm,boleh tahan jugak app nih. Tapi,terbaik jugak
4 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?
Shahrina Shahril
4 April 2024
terbaik boleh mengawal penggunaan tel anak2
7 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?

Terbaharu

Beberapa peningkatan kestabilan dan pembetulan pepijat.