[go: up one dir, main page]

Google Fit:Penjejakan Aktiviti

3.9
626K ulasan
100J+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin

Perihal apl ini

Jalani kehidupan lebih sihat dan lebih aktif dengan Google Fit baharu!

Sukar untuk mengetahui jumlah dan jenis aktiviti yang anda perlukan untuk kekal sihat. Itulah sebabnya Google Fit bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Persatuan Jantung Amerika (AHA) untuk membawakan Mata Kardio, iaitu matlamat aktiviti yang dapat membantu anda meningkatkan kesihatan.

Aktiviti yang dapat mengepam jantung anda lebih kuat memberikan manfaat kesihatan yang luar biasa untuk jantung dan minda anda. Anda akan memperoleh satu Mata Kardio untuk setiap minit aktiviti sederhana seperti mempercepat langkah apabila anda berjalan dan dua mata untuk aktiviti lebih berat seperti berlari. Anda hanya perlu berjalan pantas selama 30 minit untuk lima hari dalam seminggu bagi mencapai jumlah aktiviti fizikal yang disyorkan oleh AHA dan WHO yang terbukti dapat mengurangkan risiko sakit jantung, meningkatkan kualiti tidur dan meningkatkan kesejahteraan mental secara keseluruhan.

Google Fit juga akan membantu anda:

MENJEJAK SENAMAN ANDA DARIPADA TELEFON ATAU JAM TANGAN ANDA
Mendapatkan cerapan segera apabila anda bersenam dan lihat statistik masa nyata untuk aktiviti larian, berjalan kaki dan berbasikal anda. Fit akan menggunakan penderia telefon Android atau penderia kadar denyut jantung jam tangan pintar Wear OS by Google untuk merekodkan kelajuan, langkah, laluan dan pelbagai lagi.

PANTAU MATLAMAT ANDA
Lihat kemajuan harian anda berhubung Mata Kardio dan matlamat Langkah. Adakah anda mencapai matlamat anda sepanjang masa? Laraskan matlamat anda dengan mudah untuk terus mencabar diri mendapatkan jantung dan minda yang sihat.

JADIKAN SEMUA PERGERAKAN ANDA DIAMBIL KIRA
Jika anda berjalan, berlari atau berbasikal sepanjang hari, telefon Android atau jam tangan pintar Wear OS by Google anda akan mengesan dan menambahkan aktiviti secara automatik pada jurnal Google Fit anda untuk memastikan anda mendapat kredit bagi setiap pergerakan. Mahu kredit tambahan? Naikkan tempo berjalan anda dengan memulakan senaman jalan berkadar dan melangkah mengikut rentak. Suka jenis senaman yang berbeza? Pilih daripada senarai aktiviti seperti pilates, mendayung atau berputar dan Google Fit akan menjejaki semua Mata Kardio yang anda peroleh.

HUBUNGKAN DENGAN APL DAN PERANTI KEGEMARAN ANDA
Fit boleh menunjukkan maklumat kepada anda daripada pelbagai apl dan peranti kegemaran anda untuk memberikan pandangan holistik tentang kesihatan anda supaya anda tidak akan kehilangan jejak kemajuan anda. Apl dan peranti ini termasuk Lifesum, Wear OS by Google, Nike+, Runkeeper, Strava, MyFitnessPal, Basis, Sleep as Android, Withings, gelang Xiaomi Mi dan pelbagai lagi.

DAFTAR MASUK PADA BILA-BILA MASA, DARI MANA-MANA SAHAJA
Lihat gambar sejarah aktiviti anda pada Google Fit dan apl bersepadu anda dalam jurnal yang direka bentuk semula. Atau dapatkan gambaran keseluruhan dalam semak imbas. Anda boleh mencari semua data kesihatan dan kesejahteraan anda di sini.

MENGETAHUI PERKEMBANGAN KESIHATAN ANDA
Bernafas merupakan salah satu cara paling mudah untuk mengurangkan ketegangan dan melegakan tekanan. Dengan Fit, anda boleh memeriksa pernafasan anda dengan mudah —anda hanya memerlukan kamera telefon anda. Seperti kadar pernafasan, anda boleh mengukur kadar denyut jantung anda untuk memahami dengan lebih baik tentang kesejahteraan badan anda.

LIHAT STATISTIK HARIAN ANDA DENGAN SEKILAS PANDANG
Tambahkan widget pada skrin utama telefon Android anda atau sediakan jubin dan kerumitan pada jam tangan pintar Wear OS by Google anda.

Ketahui lebih lanjut tentang Google Fit dan lihat senarai apl yang disokong pada: www.google.com/fit
Dikemas kini pada
29 Apr 2024

Keselamatan data

Keselamatan bermula dengan memahami cara pembangun mengumpul dan berkongsi data anda. Amalan privasi dan keselamatan data mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan, rantau dan umur anda. Pembangun memberikan maklumat ini dan mungkin mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.
Tiada data dikongsi dengan pihak ketiga
Ketahui lebih lanjut tentang cara pembangun mengisytiharkan perkongsian
Apl ini mungkin mengumpul jenis data ini
Lokasi, Maklumat peribadi dan 6 yang lain
Data disulitkan dalam perjalanan
Anda boleh meminta data tersebut dipadamkan
Semakan keselamatan bebas

Penilaian dan ulasan

3.9
582K ulasan
Syahril Saad
28 April 2024
nice
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?
1staidkit kbmk (Azmarn)
21 Mac 2024
Terbaik dan mampu menyegerakan apl,tq
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?
Abdul razak Mohd
18 Mac 2024
Untuk versi yg lebih lama
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?

Terbaharu


• Ukur kadar denyut jantung dan kadar pernafasan anda hanya dengan menggunakan kamera telefon anda (peranti yang dipilih)
• Naikkan tempo berjalan anda dengan jalan berkadar dalam Senaman
• Cari semua data kesihatan dan kesejahteraan anda dalam tab Semak Imbas
• Pembetulan pepijat kecil dan peningkatan UI